Gambar sekadar hiasan |
Kisah ini adalah benar berlaku dan dipetik dari perkongsian seorang rakan facebook admin .
Diharap kisah ini menjadi pengajaran buat semua yang membaca , sila SHARE jika bermanfaat .
Tiada siapa dapat mengesahkan kebenarannya. Anggaplah ia sebagai satu hiburan saja. Jangan sampai terbawa-bawa. Cheh, aku bebual dah macam KC dari rancangan MJ12 pulak..)
BEGINI CERITANYA…
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. Beringat sblm kene… ingatlah orang tersayang…please take note of this for our on good…. org tua-tua used to say…. bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Diharap kisah ini menjadi pengajaran buat semua yang membaca , sila SHARE jika bermanfaat .
Tiada siapa dapat mengesahkan kebenarannya. Anggaplah ia sebagai satu hiburan saja. Jangan sampai terbawa-bawa. Cheh, aku bebual dah macam KC dari rancangan MJ12 pulak..)
BEGINI CERITANYA…
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. Beringat sblm kene… ingatlah orang tersayang…please take note of this for our on good…. org tua-tua used to say…. bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah…katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.
==========================================================
Malaysian is a federal constitutional monarchy located in Southeast Asia. It consists of thirteen states and three federal territories and has a total landmass of 330,803 square kilometres (127,720 sq mi) separated by the South China Sea into two similarly sized regions, Peninsular Malaysia and East Malaysia (Malaysian Borneo). Peninsular Malaysia shares a land and maritime border with Thailand and maritime borders with Singapore, Vietnam, and Indonesia. East Malaysia shares land and maritime borders with Brunei and Indonesia and a maritime border with the Philippines and Vietnam. The capital city is Kuala Lumpur, while Putrajaya is the seat of the federal government. With a population of over 30 million, Malaysia is the 44th most populous country. The southernmost point of continental Eurasia, Tanjung Piai, is in Malaysia. Located in the tropics, Malaysia is one of 17 megadiverse countries on earth, with large numbers of endemic species.
Malaysia has its origins in the Malay kingdoms present in the area which, from the 18th century, became subject to the British Empire. The first British territories were known as the Straits Settlements, whose establishment was followed by the Malay kingdoms becoming British protectorates. The territories on Peninsular Malaysia were first unified as the Malayan Union in 1946. Malaya was restructured as the Federation of Malaya in 1948, and achieved independence on 31 August 1957. Malaya united with North Borneo, Sarawak, and Singapore on 16 September 1963 to become Malaysia. Less than two years later in 1965, Singapore was expelled from the federation.[9]
The country is multi-ethnic and multi-cultural, which plays a large role in politics. About half the population is ethnically Malay, with large minorities of Malaysian Chinese, Malaysian Indians, and indigenous peoples. The constitution declares Islam the state religion while allowing freedom of religion for non-Muslims. The government system is closely modelled on the Westminster parliamentary system and the legal system is based on common law. The head of state is the king, known as the Yang di-Pertuan Agong. He is an elected monarch chosen from the hereditary rulers of the nine Malay states every five years. The head of government is the prime minister.
Since its independence, Malaysia has had one of the best economic records in Asia, with its GDP growing at an average of 6.5% per annum for almost 50 years. The economy has traditionally been fuelled by its natural resources, but is expanding in the sectors of science, tourism, commerce and medical tourism. Today, Malaysia has a newly industrialised market economy, ranked third largest in Southeast Asia and 29th largest in the world. It is a founding member of the Association of Southeast Asian Nations, the East Asia Summit and the Organisation of Islamic Cooperation, and a member of Asia-Pacific Economic Cooperation, the Commonwealth of Nations, and the Non-Aligned Movement.
0 comments:
Post a Comment