Sunday, 16 April 2017

Filled Under:

Ibu Zizan Razak Berkenan Dengan Mira Filzah? Baca Komen Mereka

Ibu Zizan Razak Berkenan Dengan Mira Filzah?




Biarpun kedua pihak sering menafikan gosip cinta diantara mereka namun hubungan mesra diantara Zizan Razak dan Mira Filzah bukanlah satu rahsia lagi. Menerusi ruangan Cik Pang, mereka berdua ini memang pernah rapat suatu ketika dulu namun hubungan tersebut terhenti sekejap sebelum Zizan kembali menyulam persahabatan sehingga timbul rasa cinta.


“Kata mereka, sebelum ini memang Zizan dan Mira berkawan tetapi tidak sampai bercinta kerana pada waktu sama dramatis jelita itu berkawan rapat dengan pelakon yang kini menjadi sebutan ramai, Fattah Amin. Selepas hubungan mereka tergantung, Zizan kembali hadir dalam hidup Mira”


“Pada awalnya, mereka mahu menyambung persahabatan yang terputus sebelum ini tetapi sepanjang tempoh itu timbul pula perasaan cinta. Kata teman media lagi, jika tidak silap mereka hubungan Zizan dan Mira dikatakan bertambah serius bermula awal tahun ini,” tulisnya kepada Harian Metro di ruangan Cik Pang mengenai hubungan cinta diantara selebriti ini.

Bagaimanapun pada masa yang sama, Zizan juga dikatakan masih berhubungan dengan selebriti berstatus janda yang sehingga kini masih tidak diketahui identitinya. Bukan itu sahaja, malah tulis Cik Pang lagi, Zizan juga pernah menagih cinta terhadap wanita. Tidak pastilah pula sejauh mana hubungan itu terjalin, namun katanya kini Zizan sudah mulai serius dengan Mira.


Dalam masa yang sama, Cik Pang juga mendapat tahu yang ibu Zizan sendiri juga sangat berkenan dengan Mira selain daripada ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada dirinya. Jika benar Zizan serius mempunyai rasa cinta terhadap Mira, rasanya tidak perlu tunggu lagi sebelum melepas ke tangan orang lain, nanti tergigit jari pula di kemudian hari. (rtky/w)




0 comments:

Post a Comment