Sunday 16 July 2017

Filled Under:

Saya Mahu Dia Jujur Pada Diri Sendiri – Bapa Puteri Balqis Jawab Teguran Imej Seksi Anaknya




Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kanak-kanak yang berbakat, Puteri Balqis Azizi bukan? Beliau juga turut mempunyai jumlah peminat yang agak ramai. Sering berkongsi foto aktiviti sehariannya di akaun Instagram, Balqis juga tidak dapat lari daripada kritikan ramai. Sesetengah netizen mula mempertikaikan cara pemakaian Balqis yang agak seksi dan tidak begitu sesuai dengan umurnya.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini ruangan komen di akaun Instagram @rockingbalqis sudah ditutup. Menurut bapanya, Azizi Aziz beliau mengambil langkah tersebut kerana tidak mahu emosi anaknya itu terganggu dengan segala komen negatif yang dilemparkan.
Benar, memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.Sebagai ayah saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia.
Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat. Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga.
Tambah Azizi, beliau tidak pernah lupa memberikan didikan agama kepada anaknya itu. Buat beliau, tidak salah jika ada yang ingin menegur Balqis tetapi biarlah kena pada caranya.
Sumber: BeautifulNara




0 comments:

Post a Comment