Saya Pelik Dengan Sikap Mertua Tak Bagi Kunci Pintu Bilik Ketika Bersama Suami.!!
Salam semua, untuk pengetahuan semua saya pinjam facebook kawan saya bagi mendapatkan pendapat anda semua. Saya dekat sini memang tak nak cerita berkenaan rampas merampas tapi saya cuma nak minta pendapat mengenai mak mertua saya.
Saya dah berkahwin selama beberapa tahun dengan suami dan selepas berkahwin kami tinggal serumah dengan mak mertua. Mula-mula itu memanglah tak ada apa-apa masalah tapi bila dah masuk bulan ketiga serta keempat mak mertua dah mula cakap macam-macam.
Sedangkan dekat rumah itu saya dah macam bibik tapi saya redha saja sebab memang nak meringankan beban suami dan mak mertua. Jadi saya rasa ok saja cuma yang jadi tak ok bila mak mertua mula nak cakap macam-macam berkenaan kerja saya. Dia tak akan makan masakan saya dan sanggup goreng telur sebiji makan nasi dengan telur semata-mata tak nak sentuh lauk yang saya masak.
Padahal saya memang sentiasa tanya nak makan apa dan macam mana cara masakan dia supaya dia berselera nak makan ( memandangkan suami dah cakap awal-awal yang mak dia itu cerewet sikit). Lama-lama saya dah dapat terima dah perangai mak mertua yang tak suka makan masakan saya itu. Sedangkan suami sentiasa cakap sedap siap tambah nasi lagi dan saya sendiri pun memang rasa masakan itu ok saja.
Masuk dah beberapa bulan mak mertua dah mula tunjukkan cemburu yang saya rasakan agak berlebihan. Sedangkan suami saya pun layan saya ala kadar saja bila depan mak dia sebab tak nak bagi mak dia terasa. Mak dia pernah report dekat anak dia cakap kita orang tinggalkan dia seorang dekat rumah entah kami hilang ke mana. Sedangkan masa itu baru dua jam kami keluar dan cari barang niaga.
Memang kami keluar masa itu tak bawa dia sebab tahu dia akan penat ikut kami beli barang dengan kuantiti yang banyak dan nak usung lagi. Kami memang dah pasti sangat yang kami dah bagi tahu dan siap salam lagi mak dia sebelum keluar. Lepas mak dia report itu apa lagi memang saya kena marah dengan ipar sampaikan saya diam saja dah malas nak jawab apa-apa. Suami pun jadi segan dengan saya sebab sifat kakak dan mak dia itu.
Paling saya tak tahan itu, mak dia sekarang dah tak kisah nak masuk bilik kami sesuka hati dia. Contohnya seperti awal-awal pagi lagi pukul 6 dia akan buka pintu nak tengok kami ataupun bila suami dah pesan suruh kejutkan solat. Bila selesai solat kadang-kadang kami smabung rehat semula sebab letih berniaga, mak dia akan buka pintu tengok kami lagi tanpa bagi tahu kami apa-apa. Pernah sekali itu saya kunci pintu tapi mak dia bagi tahu supaya jangan kunci pintu takut kalau nanti terjadi apa-apa dekat mak susah mak nak ketuk pintu. Padahal sejak kami tak kunci pintu ini tiap-tiap hari mak dia akan buka pintu.
Kadang-kadang itu mak dia akan menjerir-jerit sambil buka pintu nak panggil kami tanpa sebab hanya saja-saja panggil. Pernah beberapa kali mak mertua buka pintu masa kami berdua sedang duduk bersama-sama memandangkan kami jarang meluangkan masa bersama berdua di rumah. Suami akan lebih memberikan perhatian kepada maknya di rumah jika maknya itu ada di rumah dan saya pun faham.
Jadi ada satu masa itu, kami duduk sekejap berdua lepas solat Isyak sambil saya bersembang mengenai hal-hal saya pada suami di atas katil. Tiba-tiba mak mertua saya masuk bilik duduk atas katil sekali dan usap-usap janggut suami saya sambil baring-baring bersama sekali. Saya yang di sebelah tergamam dengan tindakan itu. Kami memang tak ada privasi langsung. Suami pula terpaksa tak berpindah dari rumah itu kerana mak mertua saya itu dah tua dan suami pula merupakan anak bongsu. Untuk pengetahuan rumah yang di diami sekarang itu merupakan rumah suami jadi tak akanlah kami nak kena pindah pula.
Walaupun sekarang saya tengah mengandung tetapi saya tetap kena buat kerja seperti bibik juga tanpa kurangkan sedikit pun kerja kecuali bila suami ada di rumah suami akan suruh saya berehat. Bila suami keluar berniaga, mak mertua saya akan suruh saya memasak, kemas rumah dan kerja -kerja harian. Kadang-kadang itu memasak sambil termuntah-muntah sampaikan jiran-jiran bertanya. Tapi bilan jiran-jiran tanya mak mertua akan tolong jawabkan 'dia tak alah pun' walaupun mak mertua itu tahu yang saya mengalami alahan teruk.
Tolonglah warga krt. Adakah saya yang silap dalam hal ini? Banyak lagi yang saya tak nyatakan. Tetapi jika saya yang silap tolong tegur saya dan berikanlah pendapat yang positif.

0 comments:
Post a Comment