Wednesday, 4 March 2015

Filled Under:

Haiwan Misteri Yang Dijumpai Dibawah Dasar Laut Antartika..


Di dasar lautan Antartika masih menyimpan beribu hidupan misteri yang masih belum diterokai dan tidak diketahui disebabkan oleh suhunya yang berada dibawah tahap beku. Ini menyebabkan ianya sukar untuk diterokai dengan lebih jauh lagi. 

Kali ini kongsikan kepada anda 5 makhluk pelik yang berjaya ditemui di bawah lautan ais di Antartika.

Mereka mungkin kelihatan seperti menakutkan tetapi mereka kebanyakannya tidak berbahaya.


5.Comb Jelly



Obor-obor seperti ini sangat banyak terdapat dalam air permukaan Lautan Selatan dan ia secara meluas di dasar laut bawah ais ini dan ia amat berasid. Suhu lautan yang semakin panas akibat daripada tahap karbon dioksida di atmosfera menyebabkan haiwan ini kini sudah mula senang dijumpai di kawasan cetek.


4. Babi Laut



Salah satu haiwan yang paling banyak ditangkap di luar pantai Antartika oleh pasukan penyelidikan antarabangsa di atas kapal Penyelidikan BAS Royal ,Kapal James Clark Ross. Banyak terdapat di Atlantik, Pasifik dan Lautan Hindi, beberapa spesies yang berkaitan boleh didapati di Antartika.


3. Ketam Hoff 



Ketam Hoff adalah haiwan laut dalam yang hampir menyerupai udang galah yang hidup pada lubang hidroterma di Antartika. Ketam yang diberikan nama samaran sebagai Krustasia telah berjaya ditemui pada tahun 2010 oleh ahli-ahli sains UK laut dalam kapal RRS James Cook.


2. Beberapa Spesis Labah-labah  Laut



Makhluk yang agak banyak di dasar laut bawah ais di Antartika kerana kadungan oksigen yang agak tinggi diperairan laut yang cetek. Makhluk Gillless seperti labah-labah laut ini bernafas melalui rongga-rongga pada tubuh mereka membolehkan lebih banyak oksigen untuk diserap ke dalam badan mereka.


1. Blackfin icefish



Ikan-ikan ini berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan di perairan sejuk pelantar benua Antartika. Darah mereka penuh dengan anti-pembekuan, tetapi tiada sel-sel darah merah. 








0 comments:

Post a Comment