Walaupun mencabar, ia tidak menghalang para juruterbang dari menjalankan tanggungjawab mereka.
Jom kita mulakan.
1.TONCONTIN INTERNATIONAL AIRPORT, HONDURAS
Meskipun pesawat sebesar Boeng 727 mendarat dan berlepas setiap hari dari lapangan terbang ini, ia di kategorikan nombor 2 berbahaya di dunia disebabkan oleh muka bumi di sekitarnya yang bergunung ganang dan landasan sepanjang 7000 kaki. Kemalangan sewaktu mendarat juga pernah berlaku di sini pada tahun 2008 dan menyebabkan kematian 5 penumpang.
Lapangan terbang ini juga hanya mempunyai 1 saja laluan mendarat dan berlepas, menjadikan risiko di lapangan terbang ini berganda.
2.AGATTI AERODROME, LAKSHADWEEP, INDIA
Lapangan terbang ini sering di cadangkan untuk penambah baikan kerana landasannya yang pendek. Panjang lapangan terbang ni hanya 4000 kaki saja.
Lapangan terbang ini disediakan untuk penduduk pulau peranginan ini yang berjumlah hanya 39 orang dan juga para pelancong. Silap gaya landing dalam laut kalau dah macam gini. Keliling air je. Dah la landasan pendek.
3. GIBRALTAR INTERNATIONAL AIRPORT, GIBRALTAR
Lapangan terbang ini berkongsi landasan dengan jalan raya! Setiap kali ada pesawat mendarat, kenderaan yang lalu lalang mesti berhenti dan berikan laluan pada kapal terbang dulu. Sehingga kini dikhabarkan tiada kemalangan berlaku di sini. Harap-harap ia kekal begini.
4. KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT, JEPUN
Lapangan terbang ini terselamat dari ribut taufan yang melanda pada 1997 dan gempa bumi pada tahun 1998. Tiada satu pun yang terjejas di lapangan terbang ini sewaktu 2 kejadian ini berlaku, hatta retakan pada tingkap kaca pun tiada.
Satu-satunya cabaran yang buat pengurusan di lapangan terbang ini pening sekarang ialah ia bakal tenggelam bersama pulau ini!
5. WELLINGTON INTERNATIONAL AIRPORT, NEW ZEALAND
6. MADEIRA AIRPORT,PORTUGAL
Sewaktu dibuka pada tahun 1964, landasan di lapangan terbang ini hanyalah sepanjang 5,250 kaki.
Selepas berlakunya kemalangan di sini pada 1977 dimana sebuah kapal terbang Boeng 727 telah melanggar tembok bukit dan berakhir di pantai, salah satu landasannya di panjangkan lagi sebanyak 655 kaki.
Pada awal tahun 2000 panjang landasan ini di tambah lagi hingga ke pantai. Panjang atau tak, waktu mendarat di lapangan terbang ini tetap mencabar termasuk bagi juruterbang yang mahir dan berpengalaman.
Selain dari ‘instinct’ dan fokus, sewaktu mendarat juruterbang juga harus mengemudi pesawat ke puncak gunung sebelum membelok dengan pantas ke kanan bagi mengelak dari terhempas dan agar betul-betul mendarat di landasan dengan tepat.
7.TENZING-HILLARY AIRPORT, NEPAL
Nama asal lapangan terbang ini adalah Lukla Airport. Kemudian ditukar nama ke Tenzing-Hillary Airport sempena nama pendaki pertama yang berjaya sampai ke puncak Gunung Himalaya.
Angin yang kuat dan kabus tebal sudah pastinya menyukarkan para juruterbang mengemudi pesawat sewaktu mendarat. Tapi yang paling ngeri adalah jurang setinggi 2000 kaki yang menanti di hujung landasan. Beberapa kemalangan telah berlaku sewaktu pesawat mendarat di sini.
Amacam? Masih nak ke Nepal? Hehe.
8. BARRA INTERNATIONAL AIRPORT, SCOTLAND
Satu-satunya lapangan terbang yang juga adalah pantai yang menjadi tempat orang ramai berjemur dan mandi manda selepas waktu ia beroperasi.
Bukan itu saja, sewaktu air pasang diwaktu senja juruterbang tiada pilihan lain selain dari melihat lampu kereta yang lalu lalang di tepi pantai sebagai panduan untuk mendarat.
Sehingga kini Barra Airport masih terus beroperasi dan diiktiraf oleh Air Traffic Organization meskipun menerima berbagai kritikan dan cadangan agar ia di lih ke lokasi yang lebih selamat
9. COURCHEVEL AIRPORT, FRANCE
Terletak di bandar Courcheve di Pergunungan Alps. Selain dari salji yang tebal, lokasi lapangan terbang di puncak pergunungan dengan angin yang kuat menjadikan pendaratan mencabar.
Lapangan terbang ini juga menjadi terkenal kerana aksi penuh gaya James Bond mengemudi pesawat sewaktu mendarat dalam ribut salji dalam filem Tomorrow NeVER dIE.
10. ICE RUNAWAY, ANTARTIKA
Antartika sememangnya terkenal dengan cuaca melampau – suhu yang sangat sejuk, ribut salji dan salji tebal. Cabaran utama sewaktu mendarat ialah keadaan cuaca di sini, dan juga para juruterbang perlu memastikan kapal terbang tidak terbenam ke dalam salji lembut atau menyebabkan rekahan ais kerana di bawah antartica adalah laut!
0 comments:
Post a Comment