Thursday, 26 February 2015

15 Tanda Anda TERLALU SELESA Bergelar SINGLE… No #7 PALING TAK TAHAN !!!

15 Tanda Anda TERLALU SELESA Bergelar SINGLE… No #7 PALING TAK TAHAN !!! | 15 Tanda Anda TERLALU SELESA Bergelar SINGLE !!! | Haaa baca tajuk ni, mesti ada yang teringat kat mana-mana kawan-kawan yang dah menyingle berapa lama dah, tapi tak pernah nampak tanda-tanda nak terlibat dengan kancah percintaan yang penuh onak duri ni… apatah lagi nak bina masjid ! Tak kurang juga mesti ada yang terasa sendiri sebab diri sendiri dah lama single tapi belum ada tanda-tanda lelaki idaman nak jatuh dari langit. Kahh !! (Cakap orang, diri sendiri yang menaip ni sentap jua) Hahaa.


Tapi betullah kan.. Ada di antara kita yang dah lama sangat single. Orang yang single lama-lama ni cenderung untuk menjadi sangat independent, kurang bergantung harap dan menggantung perasaan terhadap lelaki, dan juga dia boleh dapat atau capai apa yang dia nak sendiri. Tak payah nak harap orang lain. Gituu.. Hah ! Kalau dah selesa hidup sendiri, mungkin kita tak rasa rushing nak kahwin ke apa kan. Atauuuu punnn, ada jugak yang masih TAK PERASAN bahawa dirinya dah terlalu selesa jadi single ! Serious bacalah entry ini sampai habis okayy !

#1 Korang tak kisah melepak je kat rumah atau tak ke mana-mana bila tibanya hari minggu. Korang lagi rela duk rumah habiskan baca novel atau tengok movie kat TV daripada make calls randomly and ajak kawan keluar tengahari buta,
Kalau orang yang ada pasangan ni, dorang dah menggeletis nak plan dating kat mana kan.. Yelah, Isnin sampai Jumaat duk kerja, maka hari minggu lah nak bermanja dan melempias rindu. #Ehhh

#2 Korang sejujur-jujurnya gembira di atas hari-hari bahagia kawan-kawan korang atau orang sekeliling korang. Contohnya pertunangan, perkahwinan atau melahirkan anak.
Ehhh macam aku je. Aku suka sangat sangat baby kot ! So aku yang excited lebih kalau jumpa anak orang ahahaa !

#3 Korang tak pulak rasa tak selesa bila korang keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tak rasa awkward, tak rasa jelesnya tengok orang memanja, makan pun nak suap pakai kaki. HAHA kidding !

#4 Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

#5 Korang boleh makan kat luar, tengok movie dan… travel sorang-sorang. Hahaha.. Korang tak rasa pun korang kena cari someone nak teman ke apa.
Haa kalau petanda nombor 5 ni aku fail sikit. Kalau makan sorang tu, aku selalu bungkus atau masak kat rumah (walau masak megi sekalipun)

#6 Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

#7 Walaupun single.. jadual korang padat ! Padat dengan aktiviti yang melibatkan percutian, sarapan / makan tengahari / dinner dengan kawan-kawan lama atau kawan sekerja, keluar tengok wayang dengan ahli keluarga atau kawan, seminar, kursus dan memacam lagi lah.
Kejap nak pergi yoga lah, kejap nak try taichi tepi tasik dengan aunty and uncle lah.. Kejap nak masuk gim nak sadorkan diri lah. Ambui !

#8 Korang seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan tu. Korang dah tak ingat atauuu tak ambil tahu mengenai isu seperti – Berapa banyak kali nak berbalas mesej ? Bila nak buat apa-apa atau pergi mana-mana kena tanya pasangan tak ?

#9 Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

#10 Jauh di dasar hati korang tu, korang sehabis jujur bahawasanya korang berasa gembira dan selesa di mana korang berada sekarang. Korang tak susah hati tengok kapel budak-budak sekolah duk lepak kat taman permainan depan rumah orang.

#11 Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

#12 Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

#13 Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

#14 Korang memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian, malah korang mendoakan mereka supaya menemui cahaya di jalan nan gelap dan menghargai setiap detik bergelar single. Wakakaa…

#15 Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu ! 



Mumia Gadis 500 Tahun yang Paling Sempurna Dijumpai Oleh Para Saintis..

Saintis Temui MUMIA GADIS 15 TAHUN Berusia 500 Tahun PALING SEMPURNA !!! | Ini adalah sebuah fakta yang mengejutkan, namun juga ironis. Suku Indian di masa lampau mempunyai sebuah ritual untuk mempersembahkan korban pada dewa- dewa yang mereka anuti . Namun, suatu ketika di era modern ini, ditemukan jasad gadis Inca yang masih dalam keadaan baik, namun jasadnya sudah berusia 500 tahun lebih.


Kejadian ini terjadi di tahun 1999 di mana penyelidik mendapati mumia gadis yang dianggarkan berusia 15 tahun ketika dikorbankan ini . Konon, ia adalah salah satu gadis dengan dengan keadaan tubuh yang sempurna, sihat dan cantik. Namun sayang, ia hidup untuk dipersiapkan menjadi persembahan bagi dewa.

Gadis ini tidak dibunuh langsung, melainkan diletakkan di puncak gunung untuk mengawasi kawasan, seperti malaikat pelindung . Ritual ini bernama Capacocha .

Berbanding penemuan mumia - mumia pada umumnya , mungkin inilah mumia dengan bentuk tubuh yang paling sempurna. Ia seperti baru meninggal seminggu sebelumnya, bukan seperti sudah bertahun -tahun. Setelah diteliti , gadis ini meninggal kerana ada jangkitan bakteria , rambut dan organnya utuh , darah mengalir pada paru- paru dan jantung. Ia juga mempunyai kulit yang halus dan wajah yang masih berbentuk .

Sepertinya hal ini kerana sebulan sebelum ia dikorbankan, ia menjalani diet dan makan makanan khas. Misalnya diet pati dan protein selama berbulan- bulan, kemudian diberi nutrisi daun koka .

Ketika dikorbankan di puncak gunung , ia diberi minuman yang memabukkan untuk mengurangkan sakit dan rasa takut ketika akan dikuburkan. Gadis remaja ini meninggal dengan menggunakan pakaian yang baik , kasut dan perhiasan dengan ornamen yang cantik , dengan dibungkus selendang dan duduk bersila .

Kerana cuaca yang sangat sejuk dan kekurangan udara, maka ia meninggal perlahan- lahan. Seperti dibekukan . Oleh kerana itulah ia meninggal dengan bentuk tubuh yang masih sempurna , muda dan baik meski pun sudah berratus tahun.

Meski menjadi salah satu penemuan yang menggegarkan dunia , namun pekara ini juga mengundang kontroversi. Banyak orang yang beranggapan bahawa untuk menyenangkan dewa atau apapun yang mereka sembah , tak selayaknya melakukan pengorbanan yang nampak tidak berperikemanusiaan , melainkan dengan perbuatan baik di dunia.



PENTING! Ketahui Warna Air Kencing Anda Sama Ada Anda Sihat Atau Berpenyakit..


1. Tidak Berwarna atau Lutsinar - Anda meminum terlalu banyak air



Warna Pucat Jerami - Anda sihat ,kandungan air dalam badan mencukupi


Kuning Lutsinar - Anda Normal


Kuning Gelap - Normal ,tetapi anda perlu minum lebih lagi selepas ini.


Kuning Madu - Anda kekurangan air ,minum air sekarang


Berwarna Perang - Anda mungkin mengalami masalah hati (liver)




Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda makan bit ,blueberi ,atau klembak ?Jika ya ,ia normal...Jika tidak ,anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing ,buah pinggang atau hati...Segera berjumpa doktor...



Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang ,mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna .Ini tidak berbahaya ,walaubagaimanapun ,jumpa doktor sekiranya ianya berterusan...



Warna Ungu - Gurau je ,mana ada air kencing warna ungu hehehe



Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda...Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda...Segera berjumpa doktor 
















Wednesday, 25 February 2015

Mesti Tengok....5 Artis Popular Korea Yang Beragama Islam....

MESTI TENGOK … 5 Artis Popular Korea Yang Beragama Islam !!! Korea terkenal dengan artis hensem, macho dan sebagainya. Dan diketahui bahawa agama Islam merupakan agama minoriti di Korea. Tapi tahukah agak ramai juga artis korea yang beragama Islam. Mari lihat 5 artis korea yang beragama islam. Ada lagi yang korang nak tambah ?






1. Lee Won Jae


Merupakan penjaga gol pasukan korea selatan pada perlawanan Fifa 2012.



2. Jan Geun Seuk

Merupakan seorang muallaf yang telah masuk Islam pada tahun 2007. Beliau terkenal dengan filem Pretty Man.



3. Lee Ki Wo


Pelakon filem Flower Boy 2011 dan A Love to Kill 2005 ini dikatakan bergama Islam. Bagaimana pun fakata ini belum lagi dapat disahkan sepenuhnya.



4. Han Ga In


Seorang lagi bintang korea yang dirumorkan masuk Islam ialah Han Ga In.



5. Jung IL Woo








Arkitek Tersalah Design Dalam Pembinaan...(15 gambar)

15 GAMBAR Arkitek SALAH BUAT Dalam Binaan... No #6 PALING RUGI JUTA2 !!! | Ini memang agak melucukan. Tak tahu berapa rugi banyak yang ditanggung oleh pihak yang membayar arkitek yang fail nih... Huhu tengok sendiri... KREDIT DAIRISHARE.


















Rahsia Yang Sangat Mengejutkan Tersembunyi Dalam Patung Buddha Ini...(4 gambar)


Sebuah Muzium Drents yang berada di Belanda baru-baru ini menemui sebuah rahsia bahawa salah satu dari patung Buddha mereka telah menyembunyikan sesuatu yang amat mngejutkan:

Sebuah patung dalam koleksi muzium tersebut tersembunyuinya satu jasad seorang rahib yang telah meninggal dunia sekitar tahun 1100 Masihi.

Patung tersebut telah dibawa ke Pusat Perubatan Meander, di mana ianya di imbas menggunakan imbasan CT dan endoskopi, dan dikenal pasti oleh penyelidik mengandungi mayat mumia Buddha Liuquan daripada  Sekolah Meditasi Cina. Patung budha tersebut kini dibawa ke Hungary, dan akan dipamerkan di Hungarian Natural History Museum sehingga Mei 2015.





Monday, 9 February 2015

WOW...!!! Jom Lihat 5 Gambar Anak Ustaz Azhar Idrus Yang Sangat Comel...!!!


Jom Lihat 5 Gambar Anak Ustaz Azhar Idrus Yang Sangat Comel | Pernah lihat gambar-gambar anak penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus ? Jom lihat lagi beberapa gambar anaknya yang sangat comel

Jom Lihat 5 Gambar Anak Ustaz Azhar Idrus Yang Sangat Comel




Nota : Berikut merupakan beberapa gambar anak ustaz Azhar yang comel-comel sekali.

Sumber